Kamis, 06 Agustus 2009

Lelaki Soleh

SIAPAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN LELAKI SOLEH

Lelaki Soleh dapat di definisikan sebagai seorang lelaki muslim yang beriman
(mukmin), bersih dari segi zahir dan batinnya, mengambil makanan yang bersih
dan halal (bukan dari sumber yang haram)serta sentiasa berusaha
menjauhkan dirinya dari perkara perkara yang akan mendorong kearah maksiat
dan menariknya ke jurang NERAKA yang amat dalam. Lelaki soleh juga ialah
seorang lelaki yang sentiasa taat kepada Allah swt. dan RasulNya walau
dimana sahaja mereka berada dan pada bila bila masa sahaja. Kesolehan dan
keimanan seseorang tidak dapat dilihat dan diukur dari segi lahiriah semata
mata kerana ianya adalah berkait rapat dengan masalah AKIDAH dan KEYAKINAN
kepada siapa dia menyerah keyakinan dan ketaatan dan sebaliknya. TAUHID
merupakan dasar tertinggi dalam kehidupan yang harus sentiasa dipelihara
kerana apabila tauhid tidak betul dan sempurna, maka seluruh amalan yang
dilakukan adalah sia-sia sahaja. Apabila telah jelas kepada siapa kita
memberikan perwalian dan terhadap pihak mana kita menolak kepimpinan,
barulah Tauhid akan menjadi kenyataan dan berdiri dengan tegaknya dalam jiwa
seseorang. Oleh yang demikian, jelaslah bahawa kesolehan seseorang lelaki
itu tidak dapat dinilai dari segi lahiriah semata-mata.Ianya adalah lebih
jauh dan mendalam dari itu senua. Antara hal-hal yang harus dilihat dan
dikaji pada setiap individu muslim ialah perkara-perkara yang
bersangkutan dengan keyakinan, tujuan dan pandangan hidup serta cita-cita
dan jalan hidup seseorang itu.

KRITERIA-KRITERIA LELAKI SOLEH SEPERTI YANG DIMAKSUDKAN OLEH AL QURAN DAN
AL HADIS.....

1. Sentiasa taat kepada Allah swt dan Rasullulah saw.
2. Jihad Fisabilillah adalah matlamat dan program hudupnya.
3. Mati syahid adalah cita cita hidup yang tertinggi.
4. Sabar dalam menghadapi ujian dan cabaran dari Allah Swt.
5. Ikhlas dalam beramal.
6. Kampung akhirat manjadi tujuan utama hidupnya.
7. Sangat takut kepada ujian Allah swt. dan ancamannya.
8. Selalu memohon ampun atas segala dosa-dosanya.
9. Zuhud dengan dunia tetapi tidak meninggalkannya.
10. Solat malam menjadi kebiasaannya.
11. Tawakal penuh kepada Allah taala dan tidak mengeluh kecuali kepada Allah swt
12.Selalu berinfaq samaada dalam keadaan lapang mahupun sempit.
13.Menerapkan nilai kasih sayang sesama mukmin dan ukhwah diantara mereka.
14.Sangat kuat amar maaruf dan nahi munkarnya.
15.Sangat kuat memegang amanah,janji dan kerahsiaan.
16.Pemaaf dan lapang dada dalam menghadapi keboduhan manusia,sentiasa saling
membetulkan sesama ikhwan dan tawadhu penuh kepada Allah swt.
17.kasih sayang dan penuh pengertian kepada keluarga.

Selain daripada ciri-ciri diatas, orang orang yang soleh juga merupakan
insan insan yang senantiasa mendapat ujian dan cubaan daripada Allah swt.
setelah para nabi nabi dan orang orang yang mulia. Mereka menghadapi segala
ujian tersebut dengan hati yang tabah dan tetap teguh dalam keimanan serta
pendirian. Mereka tidak mudah menyerah kalah dari keganasan dan tekanan
musuh.

Tugas tugas dan kewajipan Lelaki Soleh........

1. Mencari nafkah ( belanja hidup)
2. Berjihad Fisabilillah.
3. Melindungi dan membela kaum yang lemah dan tertindas.
4. Memimpin, mendidik dan berlaku adil terhadap isteri.

1.MENCARI NAFKAH..........
Tugas mencari nafkah diberatkan kepada kaum Lelaki kerana kelebihan dalam
penciptaannya yang berupa kekuatan fizikal dan akal fikirannya. Oleh itu
Lelaki mampu untuk bekerja keras untuk mencari nafkah, memberi perlindungan
dan pertahanan maruah kehidupannya terutama kepada keluarga, agama, bangsa
dan agamanya.Inilah sebabnya lelaki diangkat menjadi pemimpin bagi kaum
wanita. Oleh itu, seorang lelaki muslim, lelaki dan suami yang soleh, tidak
akan melalaikan tugas ini. Ia wajib bekerja menurut apa sahaja kemampuannya.
Dalam melaksanakan tugas ini, dia haruslah MEMBETULKAN
NIATnya iaitu ikhlas untuk mencari keredhaan Allah swt. Dia tidak akan
merasa MALU untuk melakukannya sebaliknya gembira dan berbangga terhadap
pekerjaannya lebih lebih lagi perkara yang halal.

Lelaki soleh tidak akan lupa untuk mengingati hari akhirat tetapi
menjadikannya sebagai tujuan yang utama.dia bekerja didunia untuk mencari
keuntungan di akhirat, bukannya mengejar keduniaan semata-mata. Dengan cara
ini, usahanya akan sentiasa berhasil dan berjaya didunia dan akhirat.
Seperti kata ulama Salaf yang bermaksud; Wahai anak Adam! Juallah duniamu
dengan akhirat, maka engkau akan UNTUNG semuanya, tetapi jangan engkau jual
akhirat dengan dunia, maka engkau akan RUGI semuanya.

" Bagi orang orang yang telah mengerjakan kewajipan agamanya dengan
baik,kemudian terasa penat dan letih pada malamnya, sehingga tidak dapat
mengerjakan amalan amalan sunnah, maka Allah dan RasulNya memberikan
jaminan dengan ampunan sepanjang malam yang dilaluinya dengan tidur yang
nyenyak".

Inilah antara ganjaran yang akan dikurniakan kepada lelaki soleh yang
mencari nafkah dengan bersungguh sungguh. Terdapat dua cara orang berusaha
mencari nafkah seperti yang dianjurkan oleh ISLAM.

Pertama:Hendaklah ia tidak melalaikan tugasnya terhadap Allah swt. dan
janganlah ia meninggalkan nilai nilai yang LUHUR.

Kedua : Hendaklah dilakukan dengan cara yang halal, bersih dan tidak membawa
apa apa kemudaratan kepada orang lain dan tidak pula bertentangan dengan
peraturan-peraturan umum.

Antara cara cara pencarian harta yang diharamkan oleh Islam ialah:

1. Riba,
2. Penimbunan barang barang yang menjadi hajat orang ramai,
3. Perjudian dan perdagangan minuman keras,
4. Berlaku penipuan dalam penimbangan dan penukaran barang,
5. Mencuri
6. Memakan harta orang lain dengan cara yang bathil seperti yang diterangkan
dalam surah An Nisa 4, ayat 29.

2.BERJIHAD FISABILILLAH
Jihad merupakan amal yang paling utama dan puncak ketinggian Islam. Tidak
ada satu pun amalan soleh yang dapat menandingi Jihad. Orang soleh tidak
sedikit pun merasa gentar dan takut apabila berjuang menegakkan agama Allah
sebaliknya sentiasa tersenyum bangga menjadi seorang Pegawai Allah dengan
gelaran paling indah iaitu MUJAHIDIN. Inilah yang dimaksudkan dengan lelaki
soleh, yang mana pekerjaan utamanya membunuh atau terbunuh. Jika tidak
terbunuh, maka ia mesti membunuh. Tidak terdapat alternatif lain kecuali
satu antara dua 'YUQTAL AU YAGHLIB' yakni TERBUNUH atau MENANG.

3.MELINDUNGI DAN MEMBELA KAUM YANG LEMAH DAN TERTINDAS

Sememangnya sejak akhir-akhir ini golongan kafir senantiasa mencari peluang
untuk menindas dan menakhluki negara-negara serta umat- umat Islam. Orang
orang yang soleh haruslah peka dan bersedia untuk bertindak balas supaya
umat-umat Islam tidak akan ditindas dengan sewenang-wenangnya oleh golongan
tersebut.

" Wahai lelaki soleh...! tugas dan tanggungjawabmu bukanlah ringan,bayangkan
langit dan gunung tidak mampu membawanya. Kamu sajalah yang akan tampil dan
mampu menyelesaikan persoalan besar ini. Orang orang yang lemah dan sedang
tertindas sentiasa menanti kehadiranmu. Mereka berdoa agar kamu segera tiba
untuk menjadi pembela dan penolong bagi mereka."

Inilah laungan yang senantiasa terdengar daripada golongan golongan yang
tertindas dan mengharapkan bantuan.Oleh itu lelaki yang soleh haruslah
memainkan peranannya sebagai pembela agama sama ada secara langsung ataupun
tidak langsung demi untuk mengekalkan kedaulatan agama Islam

4.MEMIMPIN DAN MENDIDIK ISTERI......

1.Mengajar dan membimbing dengan cara yang baik sehingga isteri isteri yang
tidak solehah menyedari akan kesilapannya dan menukar cara hidupnya menjadi
isteri solehah.
2.Menangani isteri yang bodoh dan keras kepala dengan bijaksana sehingga dia
menyedari hakikat yang sebenarnya dan bersedia mengubahnya.

Demikianlah cara cara yang telah digariskan oleh Islam untuk mengatasi
masaalah ketidaksesuaian suami isteri dalam kehidupan rumah tangga. Apabila
menghadapi sebarang kesulitan, lelaki soleh tidak akan cepat melatah dan
bertindak menurut nafsu dan perasaan semata-mata tanpa mengambil kira
perasaan orang lain. Lelaki soleh akan bertindak dengan cara yang lebih
effisien dan bijaksana dan senantiasa memohon petunjuk dari Allah swt.
Dengan ini kebahagiaan rumahtangga akan dapat dikekalkan buat selama
lamanya. Berlaku baik terhadap isteri Suami yang soleh akan sentiasa
menjaga kebajikan keluarganya terutama isterinya.Ia senantiasa menjaga
hati dan perasaan pasangannya dan sentiasa menggembirakan isterinya. Mereka
juga akan bertanggungjawab dalam menguruskan urusan rumahtangga, dan
bekerjasama dengan isterinya.

Sabda Rasulullah: Orang yang terbaik diantara kamu adalah orang yang terbaik
terhadap isterinya, dan aku adalah orang yang terbaik diantara kamu terhadap
isteriku. ( HR Ibnu Majah )

Tauladan Rasulullah Dalam kehidupan berkeluarga.......

A: Keadaan beliau sebagai suami dan ayah
B: Kebiasaan beliau di tengah kehidupan bekeluarga
C: Cinta kasih beliau terhadap isteri dan anak.

Wassalam.

********************************************************
Subject: Jika Aku Jatuh Cinta


CINTA; Sebuah kata singkat yang memiliki makna luas.
Walaupun belum teridentifikasi secara pasti, namun kewujudan cinta diakui
oleh semua orang. Al-Ghazali mengatakan cinta itu ibarat sebatang kayu yang
baik. Akarnya tetap di bumi, cabangya di langit dan buahnya lahir batin,
lidah dan anggota-anggota badan. Ditujukan oleh pengaruh-pengaruh yang
muncul dari cinta itu dalam hati dan anggota badan, seperti ditujukkanya
asap dalam api dan ditunjukkanya buah dan pohon.

Cinta sejati hanyalah pada Rabbul Izzati. Cinta yang takkan bertepuk
sebelah tangan. Namun Allah tidak egois mendominasi cinta hambaNya. Dia
berikan kita cinta kepada anak, isteri, suami, orang tua, kaum muslimin.
Tetapi kesemua cinta itu tentunya tidak melebihi cinta kita pada Allah,
kerana Allah mengatakan, "Katakanlah! 'Jika bapak-bapakmu, anak-anakmu,
saudara-saudaramu, isteri-isterimu, kaum keluargamu, harta-benda yang kamu
usahakan, perdagangan yang kamu khuatiri akan merugi dan rumah tangga yang
kamu senangi (manakala itu semua) lebih kamu cintai dari pada Allah dan
Rasul-Nya dan berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah keputusan-Nya. Dan Allah
tidak memberi petunjuk kepada kaum yang fasik."

Prestasi kepahlawanan para pejuang tidak terlepas dari pengaruh
cintanya seorang pemuda kepada pemudi. Umar bin Abdul Aziz berhasil
memenangkan pertarungan cinta sucinya kepada Allah dari pada cinta tidak
bertuannya kepada seorang gadis. Tidak ada yang salah pada cinta.
Berusahalah menempatkannya pada tempat, waktu dan sisi yang tepat.

Ya Allah, jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang
melabuhkan cintanya pada-Mu, agar bertambah kekuatan ku untuk
mencintai-Mu.

Ya Muhaimin, jika aku jatuh cinta, jagalah cintaku padanya agar tidak
melebihi cintaku pada-Mu

Ya Allah, jika aku jatuh hati, izinkanlah aku menyentuh hati seseorang
yang hatinya tertaut pada-Mu, agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta
semu.

Ya Rabbana, jika aku jatuh hati, jagalah hatiku padanya agar tidak
berpaling pada hati-Mu.

Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yang
merindui syahid di jalan-Mu.

Ya Allah, jika aku rindu, jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku
merindukan syurga-Mu.

Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasih-Mu, janganlah kenikmatan itu
melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirmu.

Ya Allah, jika aku jatuh hati pada kekasih-Mu, jangan biarkan aku
tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepada-Mu.

Ya Allah, jika Kau halalkan aku merindui kekasih-Mu, jangan biarkan aku
melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi
hanya kepada-Mu.

Ya Allah Engaku mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun dalam cinta
pada-Mu, telah berjumpa pada taat pada-Mu, telah bersatu dalam dakwah
pada-MU, telah berpadu dalam membela syariat-Mu. Kukuhkanlah Ya Allah
ikatannya. Kekalkanlah cintanya. Tunjukilah jalan-jalannya. Penuhilah
hati-hati ini dengan Nur-Mu yang tiada pernah pudar. Lapangkanlah dada-dada
kami dengna limpahan keimanan kepada-Mu dan keindahan bertawakal di
jalan-Mu.


------------------------ Yahoo! Groups Sponsor ---------------------~-->
Get A Free Psychic Reading! Your Online Answer To Life's Important Questions.
http://us.click.yahoo.com/Lj3uPC/Me7FAA/ySSFAA/TXWolB/TM
---------------------------------------------------------------------~->

Assalamulaikum wbt
Groups ini diwujudkan untuk merapatkan hubungan sesama muslim di alam cyber. Adalah diharapkan ahli group ini dapat menghantar artikel yang dapat meningkatkan ketaqwaan kepada Allah S.W.T. Semoga usaha kecil ini mendapat keredhaan-Nya.
Kebaikan harus dilakukan walau di mana kita berada
untuk melanggan email ke : ingatan-subscribe@yahoogroups.com untuk menghantar message ke: ingatan@yahoogroups.com

www.yahoogroups.com/group/ingatan
ISLAM IS THE WAY OF LIFE
BELILAH BARANGAN BUATAN ORANG ISLAM, BANTULAH EKONOMI ISLAM

Ya Allah ! Selamatkanlah Umat Islam di seluruh dunia ini.

Betulkan niat dalam melakukan sesuatu kerana Allah S.W.T

Tidak ada komentar: